Menurut dari salah satu sumber, sebelum kejadian tersebut si suami mengajak isterinya untuk pergi ke sebuah acara makan malam anjuran pihak syarikat tempat si suami bekerja, namun apabila si isteri tersebut cuba mengenakan sehalai jubbah,lelaki terbabit meminta menukar kepada pakaian lain.
Si suami berpendapat jubbah yang cuba dipakai isterinya terlalu ketat dengan kain melekat pada tubuh. Jadi secara dasarnya ia di kategorikan tidak menutup aurat dan tidak menepati syariat Islam.
Sumber itu berkata pasangan terbabit hanya bermula dengan perang mulut si suami akhirnya gagal mengawal kemarahan lalu menumbuk muka isterinya berkali-kali.
Mangsa yang cedera terus mendapat rawatan di klinik berhampiran sebelum membuat laporan polis mengenai kejadian yang berlaku itu di Balai Polis Setapak. BH
Sumber
0 comments:
Post a Comment